Garis Panduan Baucer Buku 1 Malaysia RM200 Kepada Pelajar

1 Warganegara Malaysia 2 Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah. 3 Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa 4 Pastikan nama dan nombor kad pengenalan pelajar ditulis pada setiap baucer yang diterima. Pelajar dikehendaki membawa kad pengenalan dan kad matrik semasa menuntut BBIM 5 Pastikan cop pengesahan oleh Universiti terdapat dibahagian belakang baucer tersebut 6 Baucer tidak dapat ditukar dengan wang tunai 7 Pemulangan baki tidak akan diberi/dipulangkan bagi pembelian buku yang kurang daripada nilai baucer yang digunakan 8 Sebarang kehilangan baucer oleh pelajar tidak akan diganti oleh pihak Universiti 9 Baucer buku yang tidak digunakan selepas 31 April 2012 dikira tidak sah dan tidak boleh ditukarkan dengan buku 10 Kedai Buku yang berdaftar dengan KPT adalah seperti berikut : i -MPH ii -Badan Cemerlang iii -Johor Central Store iv -Lain-lain kedai buku yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa