KEMBARA ROHANI KE TANAH SUCI MENCETUS PENGALAMAN MANIS

Pada 12 hingga 24 Mei 2012, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kediaman Siswa Semarak (KSS) telah mengadakan program Road to Saudi Arabia 2012. Program selama 13 hari ini dibahagikan kepada 2 lokasi utama iaitu di Madinah selama 3 hari dan Mekah selama 8 hari. 

Selain daripada memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang dunia luar, para peserta juga telah menjalankan kajian mengenai penglibatan warga asing dalam bidang perniagaan di Mekah dan Madinah.